Thursday, December 11, 2008

Jawatan Kosong DBKL Malaysia

Tarikh Iklan : 29 November 2008
Tarikh Tutup Sebelum atau Pada : 15 Disember 2008

[ Sila klik di sini untuk melihat iklan dan keterangan lanjut ]


A. Permohonan untuk jawatan dalam perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan
bagi memohon jawatan berikut :

[ Sila klik nama jawatan bagi muat turun borang permohonan ]
1.
PEGAWAI TADBIR GRED N41 (TETAP/KONTRAK)
2.
PEGAWAI PERUBATAN GRED UD41 (TETAP/KONTRAK)
3.
PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41 (KONTRAK)
4.
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 (KONTRAK)
5.
PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G27 (KONTRAK)
6.
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J29 (KONTRAK)
7.
PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN GRED S27 (KONTRAK)
8.
AHLI MUZIK GRED B27 (KONTRAK)
9.
JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 (KONTRAK)
10.
PEMBANTU MAKMAL GRED C17 (KONTRAK)
11.
PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17 (KONTRAK)
12.
JURUTEKNIK (LANDSKAP) GRED J17 (KONTRAK)
13.
PEMBANTU PERTANIAN GRED G17 (KONTRAK)

* bagi semua jawatan di atas, borang perjawatan (DBKL(P)-J/1) boleh dimuat turun melalui portal ini SAHAJA. Sila klik jawatan yang berkenaan.

* jika iklan dan borang tidak boleh dipapar, sila muat turun Adobe Reader (klik di sini untuk muat turun Adobe Reader). Adobe Reader adalah perisian untuk memaparkan fail dalam format (.pdf).

B. UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)
(i)
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan


C. CARA MEMOHON
(i)
Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari portal internet sahaja dengan melayari http://www.dbkl.gov.my.
(ii)
Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara dan Ijazah/ Diploma dari Institut Pengajian Tinggi Swasta hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan Ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
(iii)
Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah dan Transkrip Akademik, Diploma dan Transkrip Akademik, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport.


D. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP:

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR

Sebelum atau pada : 15 DISEMBER 2008 (HARI ISNIN)


E. CATATAN:
(i)
Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(ii)
Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
(iii)
Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
(iv)
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

No comments: